Program Warga Emas yang dipenuhi dengan majlis ilmu berkitab, pengajian Al-Qur'an, Solat berjemaah, dan suasana ibadah yang menenangkan jiwa. Dilengkapi dengan hostel dan makan minum, peserta dapat tumpukan sepenuhnya pada pengajian dan tak perlu risau tentang perkara lain.
Setiap ambilan, tempoh pengajiannya ialah 2 minggu. Tarikh Ambilan PWE 2024
Kelas berlangsung Isnin-Jumaat, dari jam 8:00 pagi - 4:00 petang
** Peserta diberi pilihan untuk melanjutkan pengajian jika mahu, dan akan ada silibus tambahan.
Proses pendaftaran :
1. Isi Borang Pendaftaran Online (Google Form)
2. Admin akan buat semakan pendaftaran
3. Temuduga ringkas
4. Jika lulus, admin akan hubungi dan berikan maklumat pendaftaran.
Untuk pertanyaan, hubungi 📲
Admin - http://www.wasap.my/601116248227/PondokWargaEmas
Admin - http://www.wasap.my/601126037327/PondokWargaEmas
Ketua Program - http://www.wasap.my/60182131877/PondokWargaEmas
Silibus asas untuk 2 minggu :
* Subjek Aqidah, Fiqh, & Tasawwuf - khatamkan kitab Awjaz Al-Mukhtasarat
* Subjek Tajwid - Matan Tuhfatul Atfal , Imam Al-Jumzuriy
* Talaqqi Al-Qur'an : Tahsin surah al fatihah, surah2 lazim, juz 'Amma
* Talaqqi Rukun Qawli dalam solat
* Subjek bahasa arab : Kitab Ta'bir : belajar asas-asas Tatabahasa Bahasa Arab seperti Kata Tunjuk, Mubtada' Khabar, Kata Pertanyaan dan lain-lain
* Tazkirah khas pada waktu malam. (Selasa - Majlis Bustanul Arifin , disampaikan oleh Al Fadhil Syeikh Dr Omar Kalash Al-Husainiyy)
**Bagi yang melanjutkan tempoh pengajian, akan ada silibus tambahan yang akan dipelajari.
Info Penginapan
*Hostel terbahagi kepada hostel lelaki (Level 1), dan hostel perempuan (Ground floor). 2 peserta bagi setiap bilik, dan bilik dilengkapi kipas, aircond, katil single, tilam, dan locker. Tandas : shared toilet , tidak bersambung dengan bilik.
*Mesin basuh disediakan untuk keperluan cuci pakaian.
*Musolla disediakan untuk solat berjemaah 5 waktu, dan untuk majlis umum yang melibatkan seluruh madrasah.
*Tiada ruangan memasak yang disediakan di hostel
Bagi yang berhajat kepada bilik suami isteri, kami belum mampu untuk sediakan. Ada hotel bajet di sekitar madrasah yang boleh peserta tempah untuk memenuhi keperluan ini. Kadar terkini yang mereka tawarkan ialah RM60.00/malam. Hotel tersebut juga sudah biasa dengan pelanggan daripada kalangan warga emas untuk batch2 yang sebelum.
Info Makan Minum
Lokasi : Lobi Hostel PWE atau Saadah Cafe (bergantung pada bilangan peserta)
Minum pagi (optional- teh/kopi + biskut) 7.30 am - 8.00 am
Sarapan (telur mata + nasi goreng/bihun goreng) 9.30am - 10.15 am
Makan tengahari (ayam/ikan + sayur) 1.30 pm - 2.00pm
Makan malam (ayam/ikan + sayur) 6.30 pm - 7.00pm
*Jika peserta nak beli makanan tambahan, boleh beli di Saadah Cafe dan Kedai runcit madrasah, atau boleh membeli di sekitar Kota Damansara jika apa yang dicari tiada di kedai madrasah.
Makan minum untuk Sabtu & Ahad hanya disediakan bagi peserta yang tidak pulang ke rumah , dan jadual makan akan ada perubahan mengikut keadaan.
Yuran Pengajian
Harga Asal : RM1000.00 untuk pengajian 2 minggu.
Harga Promosi Ambilan Oktober/November 2024 :
RM400.00 untuk setiap ambilan 2 minggu, termasuk yuran pengajian, penginapan, makan minum.
*Penginapan dan makan minum seolah-olah percuma. Jika peserta pilih untuk ulang alik atau menginap di penginapan hotel, tiada pengurangan yuran.
** Bagi peserta yang kurang berkemampuan, boleh berhubung dengan kami untuk isi borang pengurangan yuran. In shaa'Allaah kami sedia membantu para penuntut ilmu untuk belajar agama.
Daftar Sekarang ! Tempat Terhad.
Proses pendaftaran :
1. Isi Borang Pendaftaran Online (Google Form)
Klik : https://forms.gle/xxsPrBCeTBoogiq48
2. Admin akan buat semakan pendaftaran
3. Admin akan hubungi peserta untuk temuduga ringkas
4. Jika lulus, admin akan hubungi dan berikan maklumat pendaftaran masuk madrasah.
Sedikit kata-kata daripada Ustaz Ahmad Muzaffar bin Mahdi, Mudir Baitussaadah.
Admin 1
011-26037327
Admin 2
011-16248227
Ketua Program
018-2131877
Email
admin.001@baitussaadah.edu.my
baitussaadah01@gmail.com
Instagram | Tiktok | Facebook | Whatsapp Channel | Whatsapp Group | Telegram | Youtube
Alamat
Baitussaadah Education Group,
Seksyen 2, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Pejabat
8:00AM - 5:00PM